Artikel Terkini

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

81519719156 duitringgit - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

rumahibs logo black - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

71519719164 duitringgit - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit kekal pada aliran meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut hari ini, berikutan ramai pelabur beralih kepada mata wang sedang pesat membangun, kata peniaga.

Sehingga 6 petang, unit tempatan berada pada 4.3280/3350 berbanding dolar AS daripada 4.3300/3400 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata unit tempatan berada pada aliran meningkat berikutan pelbagai langkah rangsangan di seluruh dunia, termasuk pakej AS bernilai AS$2.2 trilion untuk memberi keyakinan dalam pasaran kewangan global.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0175/0234 daripada 3.0069/0149 semasa ditutup pada Khamis dan susut berbanding euro kepada 4.7608/7702 daripada 4.7396/7510 semalam.

Ia rendah berbanding yen Jepun kepada 3.9754/9829 daripada 3.9342/9444 dan turun berbanding pound kepada 5.2841/2943 daripada 5.1601/1737 semalam.

— BERNAMA



rumahibs logo black - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Source link

Related Posts