Uncategorized

Sah! Tidak halal, gula-gula White Rabbit ada gelatin babi

Sah! Tidak halal, gula-gula White Rabbit ada gelatin babi 1



Sah! Tidak halal, gula-gula White Rabbit ada gelatin babi 2

MASIH ingat lagi gula-gula White Rabbit ini?

Jika beberapa bulan lalu status halal produk ini menjadi perbualan netizen, kini perkara itu telah menerima keputusan yang muktamad daripada pihak kementerian.

Menerusi laporan TV Al- Hijrah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama,  Fuziah Salleh mengesahkan gula-gula tersebut mengandungi gelatin yang tidak halal.

Menurut beliau, status halal gula-gula White Rabbit itu dibuktikan menerusi beberapa siri ujian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Saya telah pun mendapat maklum balas daripada pihak JAKIM.

“Ujian mendapati terdapat gelatin dari sumber haiwan babi bo-vign dan gelatin dari sumber lembu yang tidak boleh disahkan halal,” katanya.

Jelas Fuziah Salleh lagi, dia menasihatkan pengguna khususnya beragama Islam memastikan tanda halal sebelum membeli apa jua produk.

“Ini tanggungjawab pengguna, bagi pihak JAKIM pula saya telah meminta mereka menulis surat kepada beberapa kementerian untuk siasatan lanjut kerana produk ini tidak menulis gelatin jenis apa.

“Kandungan yang tidak jelas ini mengelirukan pengguna,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei (MoRA) telah mengesahkan gula-gula susu White Rabbit merupakan salah satu produk yang tidak halal selepas laporan ujian makmal mendapati terdapat kandungan protein khinzir dalam ramuannya.

Berikutan pengumuman berkenaan, beberapa pembuat ais krim di Brunei menghentikan pengeluaran ais krim berperisa White Rabbit di cawangan-cawangan mereka.





Source link