Uncategorized

Saham, Waran, ETF, REIT, Opsyen dan Sukuk Daripada Sudut Patuh Syariah

Saham, Waran, ETF, REIT, Opsyen dan Sukuk Daripada Sudut Patuh Syariah 1


Rakyat Malaysia semakin celik melabur. Kadang-kadang teruja sangat sampai langgar halal haram.

Kena tahu, dalam pelaburan saham juga terdapat banyak instrumen.

Jenis-jenis instrumen yang ada adalah saham, waran, ETF, REIT, opsyen dan sukuk. Rasanya, bukan semua instrumen ini yang kita tahu kan? Dan bukan semua instrumen yang sesuai untuk kita melabur.

Jom kita tengok daripada sudut patuh Syariah pula seperti berikut:

SAHAM / EKUITI

Saham patuh Syariah adalah yang memperolehi status patuh Syariah setelah melalui proses saringan yang dijalankan oleh Majlis Penasihat Syariah (“MPS”) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”) dua kali setahun pada setiap bulan Mei dan November.

Yang tak lulus saringan akan dikategorikan sebagai tak patuh Syariah. Mereka yang ada akaun CDS Islamik akan dihalang daripada membeli saham-saham ini.

WARAN (WARRANT)

Waran terbahagi kepada dua:

1. Waran

  • Dikeluarkan oleh syarikat dengan tujuan untuk mendapatkan modal syarikat terbabit.
  • Selalunya mempunyai tempoh matang yang panjang iaitu untuk tempoh 4 tahun sehingga 10 tahun.

Jika ‘emak’ waran patuh Syariah, biasanya ‘anak’ waran juga patuh Syariah.

Pada penghujung nama saham, ada WA, WB, WC, WD.

Contoh: PMETAL-WC

2. Waran Opsyen Beli

  • Dikeluarkan oleh sebuah institusi kewangan bagi saham yang tidak berkaitan dengan syarikat tersebut.
  • Kebiasaannya akan matang dalam jangka masa lebih pendek iaitu kurang dari setahun.

Walaupun ‘emak’ waran patuh Syariah, ‘anak’ waran tidak patuh Syariah. Kalau ‘emak’ waran tak patuh Syariah, sah-sah ‘anak’ waran pun tak patuh Syariah.

Pada penghujung nama saham, ada C diikuti dengan nombor.

Contoh: PMETAL-C15, PMETAL C-17

EXCHANGE TRADED FUND (ETF)

Merupakan dana penjejak indeks yang tersenarai dan didagangkan di bursa saham seperti saham.

Sama juga seperti saham, ETF yang patuh Syariah adalah kelompok aset patuh Syariah, maknanya ia terdiri daripada saham-saham yang patuh Syariah saja.

Contoh: MYETF-US50

ETF yang tak patuh Syariah, bebas untuk beli saham-saham yang tak patuh Syariah.

Contoh: FBMKLCI-EA

REIT

REIT merupakan dana atau saham amanah yang memiliki dan menguruskan hartanah komersial yang menjana pendapatan seperti kompleks membeli-belah, hospital, perladangan hartanah perindustrian dan blok-blok pejabat. Ianya juga disenaraikan di Bursa Malaysia dan didagangkan seperti saham.

Sama juga seperti saham, REIT yang patuh Syariah adalah di mana penyewa mengendalikan aktiviti yang dibenarkan mengikut prinsip Syariah.

Contoh: KLCC REIT

REIT yang tak patuh Syariah pula adalah sebaliknya.

Contoh: IGB REIT

Baca juga Kenali Kaunter REIT Patuh Syariah Di Bursa Malaysia

SUKUK / BON

Merupakan sekuriti pendapatan tetap, juga dikenali sebagai bon atau sukuk, yang disenaraikan dan didagangkan di pasaran saham.

Kalau nama sukuk, ianya patuh Syariah.

Contoh: DANAINFRA NASIONAL ETBS

Kalau nama bon, ianya tak patuh Syariah.

Contoh: AEONCR LA

OPSYEN (OPTION)

Opsyen atau Stock Option di Malaysia juga dikenali sebagai Waran Opsyen Beli.

Sama seperti Waran di atas, hanya Waran yang dikeluarkan oleh syarikat adalah patuh Syariah, jika ‘emak’ waran adalah patuh Syariah.

Contoh: PMETAL-WC

Manakala Waran Opsyen Beli yang dikeluarkan oleh syarikat kewangan adalah tidak patuh Syariah.

Contoh: PMETAL-C15, PMETAL C-17

Bagi pasaran saham global pula, opsyen bermaksud kita diberi pilihan samada nak beli atau tidak pada harga yang ditetapkan sebelum tarikh luput. Ia membolehkan kita mengambil keuntungan daripada kenaikan harga saham dengan risiko terhad, dan kos lebih rendah daripada membeli saham tersebut.

Contoh: Kita beli satu opsyen saham Intel ’25 call’ dengan harga saham semasa $25, dan kita bayar $1. Kemudiannya saham Intel tersebut naik ke paras $28, jadi opsyen kita dah untung sekurang-kurangnya $2 dalam nilai, memberikan kita keuntungan 200%, berbanding kenaikan 12% jika kita beli saham Intel tadi.

Opsyen di pasaran global tak patuh Syariah.

Sekarang dah tahu, jadi jangan main hentam. Melabur dalam instrumen patuh Syariah adalah wajib untuk orang Islam.

Saham, Waran, ETF, REIT, Opsyen dan Sukuk Daripada Sudut Patuh Syariah 2

Komen

komen





Source link