Uncategorized

Sanggup Bayar $3.3 Juta Untuk Makan Tengah Hari Dengan Warren Buffett

Sanggup Bayar $3.3 Juta Untuk Makan Tengah Hari Dengan Warren Buffett 1


OMAHA: Seorang pembida dirahsiakan bersetuju membayar AS$3.3 juta (RM13.13 juta) dalam satu lelongan untuk sesi makan tengah hari tertutup dengan hartawan pelaburan, Warren Buffet merangkap Pengerusi syarikat Berkshire Hathaway Inc.

Sesi lelongan itu dilakukan selama lima hari secara dalam talian di eBay. Dana itu akan diberikan kepada badan kebajikan Glide Foundation di San Francisco yang memberikan perkhidmatan kepada golongan miskin, gelandangan atau ketagihan dadah.

Ia adalah harga sesi makan tengah hari ketiga paling mahal, sejak Buffet mula menawarkan sesi itu 19 tahun lalu.

Rekod tertinggi sesi itu dicapai pada 2012 dan 2016 berharga AS$3.45 juta (RM13.72 juta). Lelongan tahun ini menyaksikan 136 bidaan daripada enam pembida, sehingga ia ditutup, malam semalam.

Lelongan itu membantu menampung bajet tahunan Glide sebanyak AS$20 juta (RM79.56 juta) yang digunakan untuk menyediakan 750,000 makanan percuma, tempat perlindungan, ujian HIV dan Hepatitis, latihan pekerjaan, khidmat penjagaan kanak-kanak serta program selepas sekolah.

“Glide mengambil golongan yang berada pada tahap terendah kehidupan dan membantu mereka bangkit,” menurut kenyataan Buffet.

Buffet, 87, berjaya meraih AS$29.6 juta (RM117.75 juta) untuk Glide menerusi 19 lelongan. Isteri pertamanya, Susan yang meninggal dunia pada 2004 memperkenalkan beliau kepada Glide selepas menjadi sukarelawan di badan itu. – Reuters

Sumber: BH Online

Besarnya Nilai Yang Perlu Dibayar Untuk Ilmu

Tapi semuanya adalah untuk tujuan amal, bukannya beliau gunakan duit tersebut untuk joli sakan. Maklumlah, bila dah jadi pelabur berjaya seperti Warren Buffett, duit pun dah banyak sangat sampai tak tahu nak buat. Maka, semuanya dilakukan untuk membantu orang lain pula.

Belajar sesuatu di sini?

Sanggup Bayar $3.3 Juta Untuk Makan Tengah Hari Dengan Warren Buffett 2

Komen

komen





Source link