Artikel Terkini

Sejarah Penciptaan Topeng Muka N95 Oleh Saintis Malaysia


Pada ketika ini, topeng muka merupakan benda yang wajib dipakai bagi mengelakkan jangkitan virus yang merbahaya ini jika kita berada di tempat awam. Topeng muka yang paling terkenal adalah topeng muka jenis N95, di mana topeng ini merupakan topeng yang sering dipakai oleh barisan hadapan (frontliners) dalam menangani masalah ini.

Tahukah anda bahawa topeng N95 dicipta oleh seorang rakyat Malaysia pada abad ke-19?

Mesti kita terkejut kerana kebanyakan peralatan atau teknologi yang melibatkan perubatan ini berasal dari barat. Insan yang bertanggungjawab dalam penciptaan topeng N95 ini adalah Dr Wu Lien Teh.

Beliau dilahirkan pada tahun 1879 di Pulau Pinang dan mendapat pendidikan di Penang Free School pada ketika itu. Beliau kemudiannya mendapat tajaan biasiswa unuk melanjutkan pelajaran ke universti berprestij dunia iaitu Universiti Cambridge di dalam bidang perubatan.

Nama Dr Wu menjadi sebutan apabila merupakan doktor pertama telah menyelamatkan China daripada pandemik pada tahun 1910. Beliau ditugaskan oleh kerajaan British untuk pergi ke Tianjin, sebuah dearah yang berada di bahagian utara China yang dulunya berada di dalam kawasan Manchuria.

Pada waktu itu, daerah itu telah dijangkiti dengan wabak yang boleh membunuh dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas seseorang dijangkiti. Kebanyakan masyarakat di situ percaya bahawa jangkitan penyakit ini adalah berpunca daripada sejenis lalat.

Dr Wu yang mengambil spesimen daripada mayat yang dijangkiti penyakit tersebut dan telah membuat kajian untuk mengetahui bagaimana penyakit ini boleh berjangkit. Hasil kajiannya, beliau mendapati penyakit ini berjangkit melalui cecair yang berada di dalam tubuh pesakit.

Dengan penemuan beliau, Dr Wu mengambil inisatif untuk menghalang virus ini daripada terus merebak kepada orang ramai.

Beliau mengarahkan pihak berkuasa Manchuria untuk mengawal pergerakan para penduduk yang berada di sekitar terutamanya di kawasan stesen kereta api. Beliau juga telah mencipta topeng muka yang dihasilkan daripada kapas yang dibalut dengan kain.

Topeng ini adalah perintis kepada topeng N95 yang ada di dunia pada hari ini.

Pada ketika wabak itu mula merebak, pihak berkuasa China turut mengabil pakar dari negara barat iaitu Dr Gérald Mesny yang berasal dari Perancis. Pada masa itu, Dr Gérald Mesny telah pergi melawat pesakit yang dijangkiti penyakit ini bagi mendapat maklumat dengan lebih terperinci.

Pada ketika itu, Dr Wu telah menasihatkan Dr Gérald Mesny supaya memakai topeng muka yang diciptanya bagi menghalang wabak itu daripada menjangkiti dirinya.

Malangnya, pelawaan itu diejek oleh Dr Gérald Mesny yang menyatakan bahawa dia tidak mungkin mendapat manfaat daripada seorang doktor yang berbangsa Cina. Beliau telah memasuki hospital tersebut tanpa memakai topeng muka bagi membuktkan dakwaanya itu benar.

Nasib malang menimpa beliau apabila telah meninggal dunia dalam tempoh dua hari selepas lawatan tersebut.

Mula Jadi Popular

Topeng muka yang dicipta oleh Dr Wu ini sangat popular kerana ia dihasilkan oleh bahan-bahan yang boleh didapati di pasaran. Ketika  krisis yang melanda Sepanyol pada tahun 1918 yang merupakan sejenis penyakit pandemik, topeng muka yang dicipta oleh Dr Wu telah digunakan secara meluas.

Di atas sumbangan dalam kajian penyakit berjangkit ini, beliau telah dicalonkan sebagai salah seorang pemenang anugerah Nobel di dalam bidang perubatan pada tahun 1935. Anugerah ini merupakan anugerah yang tertinggi dalam bidang sains.

Dr Wu kemudiannya kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1937 akibat peperangan yang berlaku di antara China dan Jepun. Beliau telah membuka klinik kesihatan di Ipoh setelah kembali ke Tanah Melayu dan meninggal dunia pada tahun 1960.

Sumbangan beliau terhadap penghasilan topeng N95 merupakan yang terbesar di dalam sejarah bagi menghalang daripada terkena penyakit pandemik.

Sumber Rujukan:



Source link