Artikel Terkini

Senarai Negara Yang Mempunyai Freelancer Terbesar Di Dunia


Perkerjaan freelance merupakan kerja yang semakin hari semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia terutamanya graduan yang belum mendapat pekerjaan secara tetap. Freelance merujuk kepada pekerjaan yang mendapat bayaran setelah sesuatu tugas yang dilakukan itu telah selesai berdasarkan persetujuan diantara pelanggan dengan freelancer itu sendiri.

Bekerja sebagai freelance ini dapat memberi banyak masa bersama keluarga kerana tidak perlu lagi untuk kita pergi ke tempat kerja

Bagi negara luar terutamanya negara maju, pekerjaan seperti ini merupakan salah satu pekerjaan yang semakin berkembang dengan pesat dikalangan masyarakat mereka. Kebanyakan pekerjaan yang melibatkan freelance ini melibatkan pekerjaan sebagai pereka grafik, pereka laman web dan juga penulis blog sambilan.

Ada juga di antara mereka ini dikenali sebagai ghost writer yang menerima upah sebagai penulis novel tanpa menggunakan nama sendiri, sebaliknya hanya menggunakan nama pelanggan mereka untuk novel yang ditulis.

Dengan perkembangan teknologi yang semakin bertambah baik setiap hari, bilangan freelance di peringkat global turut bertambah seiring dengan perkembangan tersebut. Kini bilangan freelance diperingkat global semakin diterima baik oleh masyarkat luar.

Negara yang mengugguli carta bilangan pertumbuhan freelancer yang paling ramai adalah:

Amerika Syarikat – 78%
Britain- 59%
Brazil – 48%
Pakistan – 47%
Ukraine – 36%
Filipina – 35%
India – 29%
Bangladesh – 27%
Rusia – 20%
Serbia – 19%

Kesesakan jalan raya pada waktu pagi merupakan salah satu punca pekerja stres ketika berada di tempat bekerja.

Bilangan freelance yang semakin bertambah di negara luar adalah disebabkan beberapa kelebihan yang terdapat pada pekerjaan tersebut. Freelance ini adalah sesuatu pekerjaan yang sangat fleksibel di mana merka boleh melakukan kerja mereka dimana sahaja mereka berada tanpa perlu berhadapan dengan majikan dan trafik jam setiap hari yang mana benda ini merupakan salah satu faktor tekanan dalam kehidupan selain dari kos sara hidup yang tinggi.

Pekerja tradisional kebiasaan bekerja selama 8 jam sehari dalam 5 hari seminggu. Mengikut kajian yang dijalankan, kebanyakan pekerja yang mempunyai produktiviti yang tinggi hanya pada masa 3 atau 4 jam pertama sahaja. Manakala bagi seorang freelancer, mereka dapat bekerja dengan lebih fokus dan tenang dimana mana sahaja tempat kerana kini kebanyakan tempat di dunia mempunyai akses internet yang mencukupi dan murah jika dibandingkan dengan sedekad yang lalu.

Bagi freelancer, mereka boleh membuat kerja mereka sambil bercuti tanpa risau tentang akses internet yang ada di mana-mana.

Apa yang menarik mengenai pekerjaan freelance ini adalah kita boleh membuat kerja di mana-mana tempat yang kita suka sambil becuti

Apa yang menarik mengenai pekerjaan yang melibatkan freelance ini adalah telah menarik golongan profesional dari Amerika Syarikat yang meninggalkan pekerjaan mereka untuk menjadi freelancer sepenuh masa. Jika di Amerika Syarikat purata yang menjadi freelancer ini adalah 3 nisbah kepada 1 bagi pekerja yang berada di Amerika Syarikat pada tahun lepas sahaja.

Perkara ini akan jangka akan meningkat apabila tiba tahun depan yang mana akan dijangka separuh dari pekerja di negara tersebut akan menjadi freelancer dan jangkaan tersebut juga akan meningkatkan kepada pada tahun 2027, majoriti pekerja di Amerika Syarikat akan menjadi freelancer sepenuhnya.

Pecahan pendapatan golongan freelance berdasarkan peringkat umur

Golongan freelance in merupakan gologan yang terdiri daripada pelbagai usia dan lapisan masyarakat. Peningkatan freelance di kalangan negara membangun seperti Pakistan semakin mendapat perhatian. Kesedaran ini terjadi kerana golongan belia muda yang semakin celik dengan perkembangan internet di negara tersebut.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Payoneer, golongan yang mengusai pekerjaan freelancer ini adalah dari usia 24 hingga 35 tahun yang mana kita boleh melihat golongan graduan yang memguasai pekerjaan ini. Pendapatan yang dimiliki oleh golongan ini juga adalah yang paling tinggi jika dibandingkan dengan pendapatan usia freelancer yang lain.

Di antara faktor yang lain menyebabkan perkembangan pekerjaan yang melibatkan freelance ini adalah dengan perkembangan majikan yang inginkan kos yang rendah dalam sesuatu projek. Menggunakan khidmat freelancer ini adalah jalan yang terbaik bagi mereka kerana bayaran gaji yang dibuat adalah berdasarkan projek yang telah siap dan tidak perlu memikirkan kos untuk membayar gaji jika sesuatu projek tidak ada.

Jadi sekarang kita tiada lagi alasan untuk tidak lagi bekerja kerana fenomena freelance ini akan berkembang dengan lebih pesat lagi dalam beberapa tahun akan datang.

Sumber Rujukan:

Komen

komen





Source link