Artikel Terkini

Senarai Pembayar Zakat Perniagaan Tertinggi Tahun 2018


Baru-baru ini, pihak Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan buku bertajuk Ikon Bumpiutera Public Listed Companies (BPLC).

Ianya merupakan kolaborasi di antara PPZ-MAIWP, Koperasi Remisier Bumiputera Berhad (KRBB) dan Kolej Professional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL).

Kredit Gambar: FB Dato’ Wira Amiruddin Hamzah (Timbalan Menteri Kewangan)

Zakat Perniagaan Merupakan Zakat Wajib

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan dan wajib dibayar setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Tak sampai 5% dari jumlah PLC membayar zakat perniagaan pada tahun 2018, sedangkan 77% daripadanya adalah patuh Syariah.

Senarai 31 BPLC Pembayar Zakat Tertinggi Perniagaan Tahun 2018

No Nama PLC Zakat Perniagaan Tahun 2018 (RM)
1 Tenaga Nasional Berhad 74,300,000
2 Malayan Banking Berhad 40,922,000
3 FGV Holdings Berhad 18,603,000
4 BIMB Holdings Berhad 14,689,000
5 Malaysia Building Society Berhad 13,000,000
6 Telekom Malaysia Berhad 6,500,000
7 Malaysia Airport Holdings Berhad 5,608,000
8 Ranhill Holdings Berhad 5,516,000
9 UMW Holdings Berhad 5,398,000
10 UEM Sunrise Berhad 5,210,000
11 MMC Corporation Berhad 4,614,000
12 Affin Bank Berhad 4,113,000
13 RHB Bank Berhad 4,000,000
14 KPJ Healthcare Berhad 3,930,000
15 Gas Malaysia Berhad 3,500,000
16 CIMB Group Holdings Berhad 3,100,000
17 UEM Edgenta Berhad 2,850,000
18 AMMB Holdings Berhad 2,401,000
19 Pos Malaysia Berhad 1,517,000
20 MSM Malaysia Holdings Berhad 1,500,000
21 KUB Malaysia Berhad 1,375,000
22 Malakoff Corporation Berhad 1,255,000
23 Sime Darby Property Berhad 1,100,000
24 Pharmaniaga Berhad 1,071,000
25 Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad 1,021,000
26 MNRB Holdings Berhad 681,000
27 Kumpulan Perangsang Selangor Berhad 500,000
28 Axiata Group Berhad 463,000
29 Progressive Impact Corporation Berhad 437,849
30 Kenanga Investmest Bank Berhad 415,000
31 Dagang Nexchange Berhad 405,000
Jumlah 229,994,849

Daripada 31 BPLC yang membayar zakat perniagaan tersebut, jumlah kutipan adalah sebanyak RM229 juta bagi tahun 2018.

Dan kalau nak tahu, McDonald’s Penerima Pertama Sijil Pembayar Zakat Korporat PPZ-MAIWP kerana membayar zakat berjumlah RM1.4 juta pada tahun 2019.

Senangnya Kira Zakat Perniagaan

Carilah jalan untuk menunaikan kewajipan berzakat walau bagaimana pun cara pengiraan kita…tepuk dada tanya iman. Yakinlah bahawa formula keuntungan dan keberkatan ada dalam kewajipan berzakat.

Bukan mereka yang bisnes juta-juta saja kena berzakat, setiap usahawan tidak kira sama ada ‘dropship’, ejen, stokis mahupun instafamous wajib berzakat.

Semoga Lebih Ramai Bumiputera Yang Kaya-Raya Dan Mampu Bayar Zakat

Pesan guru, “Jarak antara hidup dan mati mungkin beberapa saat sahaja, selepas itu harta anda telah menjadi milik orang lain.”

Akhir kata, semoga lebih banyak syarikat bumiputera menjadi kaya-raya dan mampu bayar zakat yang lebih tinggi. Kita sebagai pelabur saham pun perlu bersungguh-sungguh untuk jadi kaya, agar lebih banyak zakat saham boleh dikeluarkan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Baca juga Panduan Mengira Sendiri Zakat Saham Beserta Contoh

Komen

komen





Source link