Artikel Terkini

Seorang pekerja Bank Islam di ibu pejabat positif ujian COVID-19



KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd mengesahkan seorang warga kerjanya di Menara Bank Islam di sini telah disahkan positif jangkitan COVID-19 dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Pekerja tersebut dan anggota keluarga terdekatnya telah menjalani proses kuarantin di rumah sejak 19 Mac, kata Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Muazzam Mohamed dalam kenyataan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, Bank Islam telah melaksanakan pensterilan menyeluruh dan pembasmian kuman di Menara Bank Islam, termasuk kemudahan bersama hari ini.

“Bank juga telah melakukan langkah-langkah pengesanan hubungan untuk mengenal pasti dan memaklumkan individu yang mempunyai hubungan langsung dengan pekerja tersebut dan menasihati mereka supaya menjalani saringan kesihatan dan kuarantin di rumah, ” katanya.

Beliau berkata tiada gangguan perkhidmatan di Menara Bank Islam dan syarikat mempunyai pelan kesinambungan perniagaan yang kukuh untuk memastikan operasi tidak terjejas berikutan keadaan seperti itu.

“Semua langkah berjaga-jaga yang perlu dan kesedaran telah dilakukan secara konsisten oleh bank ini sejak jangkitan itu. Kami juga ingin memberi jaminan kepada pelanggan bahawa premis kami bersih dan selamat susulan kerja sanitasi dan pembersihan,” katanya.

— BERNAMA





Source link

Related Posts