Uncategorized

Serangan kilang minyak Aramco: Impak atas pasaran kewangan belum dirasai



SUSULAN insiden serangan ke atas pusat pemprosesan dan telaga minyak Arab Saudi, Aramco, penganalisis pasaran menjangkakan kesan atau impak sebenar ke atas pasaran kewangan akan mengambil sedikit masa.

Penganalisis kanan Refinitiv Oil Research, Ranjith Raja berkata, serangan yang membawa kepada penggantungan oleh Arab Saudi itu dijangka menyebabkan keupayaan pengeluaran minyak negara itu jatuh sebanyak 5.7 juta tong sehari.

Untuk rekod, pada masa ini, pengeluaran minyak Arab Saudi adalah sekitar 60 peratus.

Pada Ahad, Arab Saudi menggantung sementara pengeluaran di dua loji minyak Aramco yang didakwa diserang pemberontak Houthi dari Yaman, melibatkan pengeluaran di loji Abqaiq dan Khurais.

BACA: AS keluar minyak daripada simpanan strategik – Trump

Menurut Ranjith, sehingga kerja-kerja penambahbaikan dijalankan di dua loji minyak itu, kesan kepada pasaran tidak akan dapat dilihat dalam tempoh terdekat.

Pada Ahad, Ketua Pegawai Eksekutif Aramco, Amin Nasser berkata, kerja-kerja sedang dijalankan untuk menyambung pengeluaran dan perkembangan lanjut mengenainya akan diberikan dalam masa dua hari.

Sementara itu, laporan CNBC menyebut, Saudi Aramco dijangka akan memulihkan sepertiga daripada pengeluaran yang terkesan daripada serangan pada Sabtu.

BACA: Imej satelit dedah kerosakan kilang Saudi Aramco diserang dron

Memetik laporan The Wall Street Journal yang mengambil kenyataan pihak berkuasa Arab Saudi, sebanyak 2 juta tong bekalan dijangka dipulihkan pada penghujung Isnin.

Pakar menjangka serangan tersebut mampu meningkatkan harga minyak sebanyak 10 dollar setong.

Namun, ia menjangkakan kesannya akan lebih kecil bergantung kepada secepat mana Aramco mampu memulihkan kemudahan dan bekalan.





Source link

Related Posts