Uncategorized

Shopee Perkasakan Jenama dan Penjual Malaysia untuk Manfaatkan Ledakan E-Dagang Sempena 10.10 Brands Festival


Platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee mengumumkan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membawakan kempen nasional Beli Barangan Malaysia dalam talian dan rantau ini. Langkah ini bertujuan menggalakkan pembelian produk buatan Malaysia dan membantu usahawan tempatan mengembangkan perniagaan mereka serta berkembang maju dalam persekitaran yang amat kompetitif. Beberapa inisiatif utama akan dijalankan di bawah kerjasama ini:

Pertama, untuk memastikan keterlihatan produk-produk buatan Malaysia di platform e-dagang, Shopee telah menghasilkan halaman koleksi khusus Beli Barangan Malaysia yang mengetengahkan produk buatan Malaysia daripada jenama tempatan popular seperti Pensonic, BeauSiti oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Aik Cheong, Selamat, Victoria Sloane, Kaca-Kaca, 888, Amazin’ Graze dan OldTown White Coffee.Kempen ini juga akan mendapatkan sokongan selebriti daripada Shopee Selebriti Skuad di mana produk mereka juga dibuat di Malaysia termasuk Tya Arifin, Rita Sosilawati, Nana Mahazan, Fynn Jamal, Amy Search, and Sophia Liana. Di samping itu, pengguna Shopee boleh mendapatkan barangan Malaysia sebenar termasuk produk kecantikan, pes kari lazat, sambal belacan, ikan bilis kering dan banyak lagi daripada para peniaga tempatan.

Kedua, bermula dengan 10.10 Brands Festival, Shopee berikrar untuk
mengetengahkan koleksi Beli Barangan
Malaysia
untuk acara membeli-belah mega akhir tahun yang akan datang
termasuk kempen global 11.11 dan kempen 12.12. Ini adalah untuk memastikan
penjual produk buatan Malaysia mendapat manfaat daripada peningkatan trafik dan
kegiatan membeli-belah dalam talian untuk tempoh tersebut. Sebagai contoh, 10.10
Brands Festival yang berlangsung
sehingga 10 Oktober akan menawarkan kepada rakyat Malaysia penghantaran percuma
dengan perbelanjaan minimum RM10, tawaran harian serendah RM10, diskaun
eksklusif sehingga 80%, dan permainan dalam aplikasi menarik seperti Mission: Shopee, Voucher Together-Gether,
Shopee Catch
dan Shopee Quiz
dengan jumlah 10 juta Shopee Coins
dan baucar untuk dimenangi.

Untuk mencerminkan komitmen Shopee memaparkan kualiti
dan daya tarikan produk buatan Malaysia, koleksi Beli Barangan Malaysia akan dipaparkan bersama jenama antarabangsa
dan jenama terkenal seperti Unilever, HP, Enfagrow, Photobook Malaysia,
L’Oreal, Vinda, Nutox,  Universal
Traveller, Mr DIY, Nestle dan Realme yang menjalankan Super Brand Days untuk 10.10 Brands
Festival
. Setiap jenama akan mendapat sokongan khusus daripada Shopee untuk
meningkatkan keterlibatan pengguna, seperti ciri-ciri permainan dan
pengambilalihan jenama di dalam aplikasi.

Ketiga, selain daripada menyokong produk tempatan di Malaysia, Shopee juga membolehkan penjual tempatan mengembangkan sayap perniagaan ke luar negara dengan inisiatif rentas sempadan serba lengkap. Dikenali sebagai Shopee International Platform (SIP), inisiatif ini menawarkan pelbagai kemudahan logistik, pembayaran dan perkhidmatan pelanggan kepada penjual tempatan tanpa sebarang kos tambahan. Ini pasti mendorong peruncit yang ingin menembusi pasaran antarabangsa tetapi menghadapi kerumitan operasi.

Dengan SIP, para penjual Malaysia kini boleh meluaskan
perniagaan mereka di rantau ini, bermula dengan Singapura. Inilah masa yang
paling sesuai, selaras dengan agenda Beli
Barangan Malaysia
, kerana usahawan tempatan boleh menjana pendapatan lebih
besar dan berdaya maju dengan Shopee dan meletakkan Malaysia di peta
antarabangsa.

Akhir sekali, untuk memacu minat dan
trafik untuk Shopee 10.10 Brands Festival
dan inisiatif kempen Beli Barangan
Malaysia
, rakan-rakan niaga Shopee akan menawarkan keistimewaan eksklusif
seperti:

  • Boat Noodle: Dapatkan 2 Mangkuk Boat Noodle untuk hanya
    RM1.10 untuk 2 Mangkuk Boat Noodle pada 10.10 (sementara stok masih ada).
  • Salad Atelier: Nikmati diskaun 50% untuk Raccoon Salad, Greek God Bowl, dan Quinoa Lemak Wrap & RM10 untuk Chicken Teriyaki bowl, Rabbit and Raccoon
    Sandwich
  • ●      Baskin Robbins: Potongan
    sehingga 31% di kedai rasmi Baskin Robbins
  • Burger King: Dapatkan 2 burger hanya untuk RM10
  • Boost: Dapatkan diskaun 10% untuk baucar Shopee dari Boost
    App pada 10.10 dan anda berpeluang untuk memenangi pulangan tunai sebanyak
    RM100 dan iPhone 11, ditaja oleh TMT
  • Haagen Dazs – Nikmati diskaun sehingga 60% untuk ais krim

“Kempen Beli
Barangan Malaysia
ialah inisiatif oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna untuk mendidik pengguna tentang kehebatan kualiti dan
kepelbagaian pilihan produk buatan Malaysia di pasaran. Buat pertama kali tahun
ini, KPDNHEP meluaskan skop kempen Beli Barangan Malaysia di luar saluran
runcit lazim menerusi kerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan, lapangan
terbang, stesen minyak dan platform e-dagang.

“Menerusi pakatan dengan platform e-dagang seperti
Shopee, kami berharap untuk meningkatkan permintaan bagi produk buatan Malaysia
dan menggalakkan usahawan tempatan untuk lebih berdaya saing dan bersedia untuk
mengeksport. Memandangkan Shopee menawarkan capaian kepada 20 juta pengguna di
Malaysia dan berpotensi untuk mencapai 200 juta lagi pengguna di rantau ini,
saya yakin bahawa kempen Beli Barangan
Malaysia
di Shopee akan mencatatkan kejayaan besar,” kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail,
Menteri, KPDNHEP
di majlis pelancaran yang diadakan di Sofitel Kuala Lumpur
Damansara.

Keputusan untuk memulakan kerjasama ini dengan KPDNHEP
ini adalah sejajar dengan komitmen berterusan Shopee untuk membangunkan dan
memperkasakan usahawan tempatan. Ian Ho,
Pengarah Urusan Serantau, Shopee
berkata, “Kami berbangga untuk terus
berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk menyokong barangan dan perkhidmatan
keluaran Malaysia dan merangsang ekonomi tempatan. Ini juga menyokong usaha
sedia ada kami seperti Shopee University, bengkel percuma kami untuk penjual
yang telah membantu dan melengkapkan kira-kira 6,000 Perusahaan Kecil dan
Sederhana dan penjual dengan ilmu jual
beli dan pemasaran e-dagang. Oleh itu, kami amat teruja kerana dapat melakukan
lebih melalui kerjasama kami dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna.”

Dapatkan maklumat lanjut tentang 10.10 Brands Festival di https://shopee.com.my/1010.

Untuk membeli produk kegemaran Malaysia, layari https://shopee.com.my/buatanmalaysia.

Komen

komen





Source link