Uncategorized

Singapore Airlines, Malaysia Airlines meterai MoU untuk tingkat kerjasama

Singapore Airlines, Malaysia Airlines meterai MoU untuk tingkat kerjasama 1



Singapore Airlines, Malaysia Airlines meterai MoU untuk tingkat kerjasama 2

KUALA LUMPUR: Singapore Airlines (SIA) dan Malaysia Airlines Bhd (MAB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meningkatkan kerjasama dengan memanfaatkan perjanjian pekongsian kod sedia ada yang meliputi penerbangan antara Singapura dan Malaysia.

Dalam kenyataan pada Khamis, MAB berkata pengukuhan itu mungkin meliputi peluasan perkongsian kod penerbangan melepasi laluan Singapura-Malaysia, serta penambahbaikan program kekerapan penerbangan.

Potensi kerjasama lain mungkin meliputi perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih.

Ini tertakluk kepada pelbagai kelulusan kawal aturan, katanya.

“Perjanjian rasmi yang dijangka dimuktamadkan dalam beberapa bulan akan datang, turut meliputi anak syarikat SIA, SilkAir dan Scoot, serta Firefly, syarikat penerbangan sekutu MAB,” menurut kenyataan itu.

BACA: MAS perlu kekal identiti selepas dijual – Tun Mahathir

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail berkata Malaysia Airlines mempunyai sejarah hubungan komersil dan budaya yang kukuh dengan Singapore Airlines.

“Perjanjian itu juga buat pertama kalinya melibatkan semua lima syarikat penerbangan termasuk anak syarikat Firefly, SilkAir dan Scoot.

“Melalui perkongsian ini, kami berharap dapat menambah nilai kepada pelanggan,” kata Kapten Izham.

Ketua Pegawai Eksekutif SIA, Goh Choon Phong pula berkata SIA dan MAB beroperasi di rantau yang pesat berkembangan dalam pasaran perjalanan udara, sekali gus menawarkan peluang luas untuk kedua-dua syarikat penerbangan itu.

“Kedua-dua syarikat penerbangan mempunyai operasi luas di ASEAN selain rangkain luas yang meliputi banyak tempat di dunia,” kata Goh. — Bernama





Source link

Related Posts