Permohonan Pembiayaan Bersama

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pembiayaan Bersama?

Pembiayaan bersama adalah permohonan pembiayaan perumahan daripada dua atau lebih individu untuk membeli satu hartanah yang sama. Contoh pembiayaan bersama:

Kelulusan pinjaman pemohon pertamaRM 250,000.00
Kelulusan pinjaman pemohon keduaRM 150,000.00
Jumlah kelulusan pinjamanRM 400,000.00
2. Apakah syarat layak bagi permohonan pembiayaan bersama?

Syarat layak bagi permohonan pembiayaan bersama adalah:

Pinjaman Bersama 1 (PB 1) Setiap pemohon hendaklah merupakan kakitangan sektor awam dimana kedua-duanya menggunakan pembiayaan LPPSA; atau

Pinjaman Bersama 2 (PB 2) Sekurang-kurangnya seorang daripada pemohon adalah kakitangan sektor awam;
Bagi pemohon pembiayaan bersama yang bukan kakitangan sektor awam, pemohon boleh menggunakan pembiayaan institusi kewangan atau agensi yang mempunyai skim pembiayaan perumahan sendiri dan bersetuju menjadi pemegang gadaian kedua.

Ilustrasi adalah seperti di bawah:-

Pemohon 1Pemohon 2
Pinjaman Bersama 1 (PB1)LPPSA (Kakitangan Sektor Awam)LPPSA (Kakitangan Sektor Awam)
Pinjaman Bersama 2 (PB2)LPPSA (Kakitangan Sektor Awam)Bank (Kakitangan Swasta)
3. Siapakah individu yang layak untuk memohon pembiayaan bersama?

Pemohon pembiayaan bersama hendaklah terdiri daripada:

i. Suami & Isteri
ii. Ibu/Bapa & Anak/Anak-anak (Anak Kandung)
Setiap pemohon hendaklah menandatangani Perjanjian Jual Beli (S&P) yang sama.

4. Berapakah jumlah kelayakan pembiayaan yang layak dimohon oleh setiap pemohon pembiayaan bersama?

Jumlah pembiayaan yang layak dimohon adalah tertakluk kepada kelayakan semasa setiap pemohon.

5. Apakah jenis pembiayaan yang dibenarkan bagi permohonan pembiayaan bersama?

PB 1
i. Bagi permohonan pembiayaan bersama antara kakitangan sektor awam, semua jenis pembiayaan adalah dibenarkan.

PB 2
i. Bagi permohonan pembiayaan bersama antara pemohon kakitangan sektor awam dan pemohon kakitangan swasta, jenis pembiayaan yang dibenarkan adalah:
a. Jenis 1: Rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap; dan
b. Jenis 3: Rumah atau petak rumah kediaman yang dalam pembinaan.

6. Adakah permohonan pembiayaan bersama (PB 2) boleh dibuat dengan mana-mana institusi kewangan/ agensi yang mempunyai skim pembiayaan perumahan sendiri?

Ya, dengan syarat institusi kewangan/ agensi tersebut bersetuju untuk menjadi pemegang gadaian kedua.

7. Apakah kriteria kelayakan bagi pemohon dari kalangan kakitangan swasta untuk membuat permohonan bersama?

Kriteria kelayakan adalah tertakluk kepada garis panduan institusi pembiaya yang dimohon.

8. Bagaimana proses untuk mendapatkan pembiayaan bersama (PB2) daripada institusi kewangan lain bagi tujuan gadaian kedua?

Pemohon perlu mengemukakan pemohonan kepada LPPSA terlebih dahulu. Jika terdapat pemohonan yang diluluskan dengan wang beza, pemohon boleh mengemukakan pemohonan gadaian kedua kepada institusi kewangan berkenaan.

9. Institusi kewangan/agensi manakah yang bersetuju untuk menjadi pemegang gadaian kedua bagi pembiayaan bersama (PB 2)?

Sila rujuk senarai yang dikeluarkan oleh LPPSA dari semasa ke semasa.

10. Bagaimana untuk membuat permohonan pembiayaan bersama (PB 2) dengan pasangan yang bekerja sektor swasta?

Pemohon boleh membuat permohonan pembiayaan bersama melalui permohonan atas talian. Pemohon juga boleh merujuk kepada garis panduan LPPSA. Pemohonan harus dikemukakan kepada LPPSA terlebih dahulu.

11. Apakah dokumen tambahan yang diperlukan bagi permohonan pembiayaan bersama?

i. Sijil nikah/ perkahwinan (sekiranya pasangan suami/isteri);
ii. Sijil kelahiran anak (sekiranya pasangan ibu-bapa/anak).

12. Adakah pemohon perlu mengemukakan permohonan kepada institusi pembiaya bersama terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan kepada LPPSA?

Tidak. Permohonan pembiayaan bersama daripada LPPSA perlu lulus terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan dengan mana-mana institusi kewangan/ agensi yang mempunyai kemudahan pembiayaan perumahan sendiri.

13. Adakah pemohon boleh menggunakan peguam yang berlainan bagi urusan dokumentasi pembiayaan bersama?

Tidak boleh. Pemohon diwajibkan menggunakan peguam yang sama bagi urusan dokumentasi pembiayaan.

14. Bilakah tarikh permohonan pembiayaan bersama akan dilaksanakan?

1 Januari 2018

2 Skim Zero Deposit

Dapatkan Quotation Anda Sekarang!

BERAPAKAH KOS BINA RUMAH SAYA?

BERAPAKAH KOS BINA RUMAH SAYA?

Kami akan bina rumah berdasarkan budget yang anda tentukan.

KLIK DI SINI

0$

Terima kasih, kami akan hubungi anda secepat mungkin.

Rumah 1 Tingkat Ataupun 2 Tingkat?

Kos ini merangkumi kerja-kerja awalan & pembinaan struktur rumah.

Construction: RM160 psf
Preliminary: RM20,000

Construction: RM190 psf
Preliminary: RM20,000

Anda perlu buat pilihan sebelum meneruskan

Berapakah Luas Keseluruhan Rumah Anda?

Hanya Masukkan Angka, Tanpa Koma ( , ). Contoh: 1000

Anda perlu buat pilihan sebelum meneruskan

Apakah Jenis Pembiayaan Rumah Anda?

Bina rumah lebih mudah dengan pembiayaan kewangan.

Additional Cost: RM4 psf

No Additional Cost

No Additional Cost

Anda perlu buat pilihan sebelum meneruskan

Anda Perlu Mohon Kelulusan Pelan Bangunan?

Kos ini merangkumi Fee Arkitek, Jurutera & PMC. Kelulusan PBT adalah wajib jika anda menggunakan pembiayaan LPPSA/BANK.

Consultant Fee: RM50,000

No Additional Cost

No Additional Cost

Anda perlu buat pilihan sebelum meneruskan

Sudah Ada Pelan Rumah Tersebut?

Kami juga ada sediakan servis lukis pelan rumah untuk anda.

Jika upload tergendala, sila hantarkan ke hello@rumahibs.com

Anda perlu buat pilihan sebelum meneruskan

Meter Kekal TNB & SYABAS

Kami boleh bantu untuk mohon meter tersebut (optional)

TNB & SYABAS: RM4,500

No Additional Cost

Anda perlu buat pilihan sebelum meneruskan

Full Spec ataupun Low Spec?

Senarai penuh dan perbezaaan 2 spesifikasi ini akan dilampirkan dalam email anda.

Full Spec: RM49 psf

Low Spec: RM9 psf

Anda perlu buat pilihan sebelum meneruskan

Anggaran Kos Bina Rumah Anda Adalah :

Sila isi butiran berikut. Kami akan hantar quotation & senarai penuh spesifikasi ke email anda.

Ringkasan

DeskripsiInformasiKuantitiKos
Discount :
Total :