Uncategorized

Support and Resistance: Umpama Rumah Bertingkat


Support (Paras Sokongan) dan Resistance (Paras Rintangan) adalah sesuatu yang asas dalam pelaburan saham. Tapi ilmu asas inilah yang boleh menentukan banyak perkara, di antaranya harga beli (Entry Price), harga jual bila untung (Target Price), harga jual bila rugi (Stop Loss) dan bermacam-macam lagi.

Jom kita dengar penjelasan daripada Tuan Haji Mohd Asri Ahmad, sifu pelaburan saham #1 Malaysia mengenai topik Support and Resistance ni.

Asas Support dan Resistance

Pernah tak korang baling bola ping-pong ke atas siling?..

Agak-agak lepas tu dia melantun ke bawah balik ke tak eh?

Haa, itu lah namanya RESISTANCE atau dalam bahasa jawanya Tahap Rintangan. Lantai tempat bola tu jatuh pulak kita panggil SUPPORT atau Tahap Sokongan.

1. SUPPORT dan RESISTANCE boleh diumpamakan sebagai rumah bertingkat.

2. Tahap SUPPORT dan RESISTANCE wujud kerana pasaran saham mempunyai daya ingatannya sendiri. Sama seperti manusia yang ingat akan jatuh bangun dalam kehidupannya.

3. Dengan melukis garisan pada carta di mana tahap RESISTANCE pernah terbentuk, pedagang akan lebih peka di mana harga berkemungkinan untuk melantun, dan di mana ia perlu meraih keuntungan.

Rujuk visual untuk memahami kisah ini >>>

(1) SUPPORT
+ Lantai dianggap Support atau paras harga SOKONGAN
+ Kalau harga saham MEMECAH Support, maka anda jatuh ke dalam tanah, silap- silap rumah anda sekali runtuh.

(2) SUPPORT/RESISTANCE
+ Untuk harga saham naik, ia perlu memecah Resistance (lantai kedua) atau harga rintangan.
+ Ia memerlukan daya yang kuat (iaitu VOLUME) untuk menujah naik baru boleh pecah Resistance tersebut.

(3) RESISTANCE
+ Kini anda telah berjaya naik ke tingkat 2 rumah tersebut, akibat daripada kombinasi harga + volume yang telah memecahkan resistance tadi.
+ Sekarang, Support berada di lantai tingkat 2, manakala Resistance pula berada di siling tingkat 2.
+ Kalau pecah Support, jatuh ke tingkat 1.
Pecah Resistance pula, naik tingkat ke atas.
+ Begitulah keadaannya BERULANG-ULANG

Kredit: FB Asri Ahmad Academy

Komen

komen





Source link