Artikel Terkini

Tanpa pertolongan seorang Cina, Azizulhasni mungkin bukan juara dunia hari ini


PEMEGANG ranking nombor 1 keirin dunia, Azizulhasni Awang mendedahkan beliau pernah digugurkan daripada program pelapis di Sekolah Sukan Bukit Jalil pada usia 18 tahun.

Bagaimanapun, atlet itu tetapi diselamatkan oleh Ketua Jurulatih Kebangsaan ketika itu, Datuk Ng Joo Ngan setelah legenda berbasikal itu membuat rayuan.

Menyifatkan kehadiran Joo Ngan sebagai ‘bantuan dari langit’, “The Pocketrocketman” juga juga menyifatkan ikon sukan berbasikal negara itu sebagai seorang ‘figura ayah’ buatnya. 

“Ketika saya hampir lemas dengan ombak ujian yang membantai diri saya, saya menerima suatu nafas baru. Ade bantuan dari langit. Sungguh tidak disangka.

“Seorang manusia yang tidak ada apa-apa kaitan dengan saya, datang menghulurkan bantuan. Insan itu adalah seorang yang saya panggil ‘Uncle Joo Ngan,” cerita Azizulhasni dalam entri di Facebook bertajuk ‘Al-kisah seorang Cina’ baru-baru ini.

“Saya yang ketika itu menetap di asrama atlet, telah ditarik segala kemudahan yang diberikan. Bermaksud asrama tempat penginapan ditarik balik, akses ke dewan makan juga di tarik balik dan begitu juga dengan kemudahan latihan. Ketika itu saya hilang segala-galanya.

Azizulhasni turut memuat naik foto bersama Ng Joo Ngan (kiri) dan jurulatihnya, John Beasley.

“Saya juga tidak memberitahu emak akan berita ini. Saya tak nak emak saya risau dan sedih. Saya masih ingat yang saya berjanji dengan emak sebelum ke SSBJ yang saya akan jadi atlet negara suatu hari nanti dan juga tidak abaikan pelajaran. Bayangkan kalau dia tahu, sudah tentu hancur lebur hatinya,” ceritanya.

Kisah silam permulaan kehidupannya sebagai ahli sukan sebelum membina kemasyhuran sehingga disegani di peringkat dunia diceritakan secara bersiri dalam Facebook peribadinya sejak 25 hingga 31 Januari lalu.

Beliau mengakui Joo Ngan bukanlah jurulatihnnya tetapi sanggup menawarkan tempat tinggal dan membuat rayuan agar beliau dikekalkan.

“Tapi kerana murninya hati seseorang itu bukan bergantung kepada warna kulit, bangsa mahupun agama, Uncle (Joo Ngan) tampil menawarkan saya untuk tinggal di rumah nya buat sementara waktu.

“Saya rasa sungguh bersyukur dan terharu atas bantuan yang diberikan, juga tidak menyangka Uncle (Joo Ngan) merayu kepada pihak atasan supaya memberikan saya peluang kedua, tanpa pengetahuan saya,” tulis Azizulhasni lagi.

Beliau juga mengakui pernah dihalau apabila cuba untuk makan di kantin SSBJ dan kantin Majlis Sukan Negara (MSN) apabila digugurkan daripada sekolah program pelapis di SSBJ.

Namun, takdir mengubah segala-galanya apabila beliau akhirnya mendapat tawaran menyertai pasukan elit setelah berjaya memenangi tiga emas dan satu perak dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2006.

“Untuk makluman anda semua, saya telah mencipta suatu sejarah dalam arena sukan lumba basikal pada masa itu. Saya telah memenangi tiga pingat emas untuk kesemua acara individu saya iaitu Sprint, Keirin dan 1km ujian masa, manakala perak untuk acara Pecut Berpasukan, itupun kerana tayar salah seorang dari rakan pasukan pancit ketika perlumbaan final untuk pingat ema,” katanya lagi.

Azizulhasni menerusi cerita peribadi yang dimuat naik menerusi lima siri dapat dijadikan motivasi kepada semua pembaca yang mungkin menghadapi pelbagai jenis ujian dalam kehidupan masing-masing.





Source link