Artikel Terkini

Telefon Pintar Jeff Bezos Dipercayai Telah Digodam


Jeff Bezos diintip oleh Putera Mohammad Bin Salman? Apa kaitan diantara  Jeff Bezos dan Mohammad Bin Salman?

Jeff Bezos merupakan lelaki terkaya didunia buat masa sekarang manakala Putera Mohammad Bin Salman bakal menjadi pewaris takhta untuk kerajaan Arab Saudi. Putera Mohammad Bin Salman dilihat sebagai seorang putera raja yang berpandangan jauh dalam membangunkan ekonomi Arab Saudi.

Dia adalah orang yang bertanggungjawab membawa Saudi Aramco ke peringkat IPO. Nak tahu kenapa kita tidak perlu melabur dalam Aramco? Klik di sini.

Mari kita selongkar bagaimana Putera Mohammad Bin Salman yang mempunyai krisis diantara dirinya dengan Jeff Bezos dan seterusnya dia dituduh menggodam telefon peribadi milik Jeff Bezos.

Krisis diantara Putera Mohammad Bin Salman dengan Jeff Bezos ini terjadi kerana Jeff Bezos merupakan pemilik kepada akhbar The Washington Post yang mana menempatkan seorang wartawan Jamal Khashoggi yang berasal dari Arab Saudi dan kemudianya menetap di Amerika Syarikat.

Khashoggi merupakan wartawan yang mempunyai pengaruh yang besar didalam dunia kewartawanan dan merupakan salah seorang wartawan yang sering mengkrtik pemerintahan Arab Saudi terutamanya Putera Mohammad Bin Salman melalui media akhbar The Washington Post.

Dia yang dipercayai dibunuh kejam oleh perisik Arab Saudi ketika dia berada di kedutaan Arab Saudi di Turki. Dia yang pergi ke kedutaan Arab Saudi di Turki itu diatas urusan penceraian dengan isterinya yang pertama dan seterusnya dia akan berkahwin dengan bakal isterinya yang baru yang berasal dari Turki.

Dia yang dilihat buat kali terakhir di Kedutaan Arab Saudi di sana sebelum mayatnya dijumpai di dalam keadaan yang mengerikan.

Putera Mohammad Bin Salman yang bertindak menggodam Jeff Bezos melalui aplikasi WhatsApp yang dihantar melalui nombor telefon peribadi Jeff Bezos sebelum pembunuhan ini berlaku lagi. Mereka berdua yang pernah berjumpa pada satu majlis makan malam pada  bulan April 2018 yang mana Putera Mohammad Bin Salman telah menjemput Jeff Bezos untuk makan malam.

Di dalam majlis itu, mereka berdua telah bertukar nombor telefon peribadi masing-masing. Selepas sebulan ketika selepas pertemuan itu, Putera Mohammad Bin Salman dipercayai telah menghantar satu malware kepada  Jeff Bezos melalui video WhatsApp.

Dari situ, semua data peribadi Jeff Bezos dipercayai diperolehi oleh Putera Mohammad Bin Salman. Dia yang dipercayai menghantar malware yang dibangunkan oleh sebuah Syarikat dari Israel yang bernama NSO untuk mengintip Jeff Bezos.

Facebook telah mengharamkan aplikasi ini digunakan untuk aplikasi whatapp kerana aplikasi ini mampu untuk megumpul data tanpa pegetahuan penggunanya. Syarikat Facebook juga telah megemukakan saman terhadap syarikat ini diatas kesalahan membina malware untuk mengintip melalui aplikasi WhatsApp.

Jeff yang mula menyedari bahawa telefon pintarnya telah digodam apabila gambar tidak senonohnya bersama dengan pasangan kekasihnya, Laura Sanches itu telah tersebar ke media barat ketika dia masih lagi bergelar suami kepada MacKenzie.

Akhbar tabloid yang bernama National Enquirer telah menghantar blackmail kepada Bezos supaya tidak menyiasat bagaimana tabloid itu memperolehi gambar tidak senonoh Jeff bersama dengan kekasihnya itu.

Jeff yang bertindak menyebarkan emel tersebut melalui blognya tentang perkara ini supaya orang ramai tahu kedudukan sebenar tentang perkara tersebut.

Dengan pendedahan maklumat skandal diantara Jeff dengan teman wanitanya, Jeff akhirnya mengmumkan perceraian dengan isterinya yang dikahwininya sejak 25 tahun yang lalu. Perceraian itu merupakan penceraian yang termahal di dalam sejarah dunia moden kerana telah Jeff kehilangan sebanayak 20% kekayaan yang dimiliki dan diserahkan kepada isterinya itu.

Isterinya itu telah menjadi wanita ketiga terkaya di dunia pada tahun lepas. Untuk maklumat lanjut mengenai perceraian ini, klik di sini.

Pada awal bulan ini, penyiasat dari Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah  membuka kes ini untuk mengetahui secara lanjut mengenai telefon Jeff yang digodam. Putera Mohammad Bin Salman yang menafi sekeras-kerasnya dakwaan yang  mengatakan bahawa dia adalah orang yang bertanggungjawab melakukan pengodaman terhadap telefon Jeff Bezos.

Bekas ketua pegawai keselamatan di Facebook juga ragu-ragu bagaimana Jeff yang terkenal sebagai taikun dalam bidang teknologi itu boleh digodam oleh pihak luar melalui aplikasi WhatsApp dan dia percaya bahawa Jeff sebenarnya boleh mengenal pasti malware yang dihantar itu tetapi dia masih berdiam diri.

Begitulah bahayanya perkembangan dunia digital tanpa semapadan ini. Segala maklumat peribadi kita hanya boleh diakses sekelip mata oleh pihak yang berkepentingan.

Berhati-hatilah bila kita menggunakan media sosialdan sebolehnya elakan  berkongsi maklumat peribadi kita melaui media sosial.

Sumber Rujukan:



Source link