Berikut adalah terma & syarat perkhidmatan yang disediakan di RUMAHIBS.COM

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memahami dan mematuhi segala terma dan syarat yang digariskan di bawah antara RUMAHIBS.COM dan anda sebagai pembeli dan pengguna.

HARGA

  1. Pihak RUMAHIBS.COM berhak menentukan harga bagi perkhidmatan yang disediakan di laman sesawang RUMAHIBS.COM berdasarkan keluasan binaan.
  1. Pihak kami juga berhak melakukan sebarang promosi atau potongan harga bagi menurunkan serta menaikkan harga jualan perkhidmatan pada bila-bila masa tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu secara umum atau secara langsung kepada pembeli/syarikat pembeli/pengguna laman sesawang RUMAHIBS.COM.

HAK CIPTA

  1. Design-design & Pelan-pelan rumah yang terdapat di RUMAHIBS.COM terlindung dengan Hak Cipta Terpelihara daripada pihak REKABENTUKRUMAH.COM/Design IDEAS Consultancy di bawah Akta Hak Cipta 1987 dan mana-mana undang-undang Harta Intelek di negara ini.
  1. Sesetengah nama, logo, informasi, imej, lukisan, rekabentuk, pelan, tajuk dan isi kandungan pada laman sesawang RUMAHIBS.COM adalah dilindungi Akta Hak Cipta 1987. Tindakan undang-undang akan diambil bagi sebarang penggunaan tanpa mendapat kebenaran daripada pihak RUMAHIBS.COM.
  1. Lukisan & lain-lain produk yang ditempah daripada laman sesawang RUMAHIBS.COM adalah untuk kegunaan pembeli/syarikat pembeli/pengguna sahaja dan dilarang menyebarkan atau menjualkannya dalam apa jua bentuk kepada pihak ketiga.

 

PENGGUNAAN PELAN YANG DITEMPAH

  1. Segala jenis muat turun (download) dan salinan (print) yang telah dibuat kepada pembeli/syarikat pembeli/pengguna adalah untuk kegunaan sendiri sahaja dan tidak boleh diedarkan atau dijual kepada pihak lain.
  1. Pembeli/syarikat pembeli/pengguna perlu mengambil tindakan yang sewajarnya selari dengan peruntukan Undang-undang negara Malaysia sebelum membina rumah berdasarkan lukisan yang ditempah.  Pihak RUMAHIBS.COM tidak bertanggungjawab sekiranya pembeli/syarikat pembeli/pengguna dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang berkaitan.
  1. Lukisan & lain-lain produk yang ditempah daripada  laman sesawang RUMAHIBS.COM adalah sebagai pemudah cara bagi membantu pembeli/syarikat pembeli/pengguna dalam urusan membina rumah dan bukan bertindak untuk menggantikan khidmat perunding professional yang ada.
  1. Setiap pelan rumah yang direka mempunyai keluasan tersendiri dan sesuai dibangunkan di atas tanah dengan keluasan minimum tertentu. Sebarang perubahan keluasan pada pelan rumah yang dibuat oleh pembeli adalah di luar tanggungjawab pihak RUMAHIBS.COM.

KEPERLUAN PENGEMUKAKAN PELAN KEPADA PBT (PIHAK BERKUASA TEMPATAN)

  1. Pembeli/syarikat pembeli/pengguna perlu melantik Arkitek/Pelukis Pelan Berdaftar/Jurutera untuk proses mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/Majlis Perbandaran jika diperlukan sebelum membina rumah berdasarkan lukisan yang di tempah.
  1. Pihak RUMAHIBS.COM tidak bertanggungjawab di atas kos tambahan yang perlu di tanggung oleh pembeli/syarikat pembeli/pengguna dalam proses mendapatkan kelulusan PBT/Majlis Perbandaran.

POLISI PEMULANGAN WANG

Pihak RUMAHIBS.COM menawarkan polisi pemulangan wang 100% jika tempahan gagal dihantar melalui email atau link muat turun (download) oleh pihak RUMAHIBS.COM dalam masa selewat-lewatnya 14 hari bekerja selepas bayaran disahkan bagi pembelian voucher yang dipaparkan di laman sesawang RUMAHIBS.COM.

PENAFIAN

  1. Segala penerangan, maklumat, lukisan, ukuran, spesifikasi yang disediakan didalam pakej lukisan/produk oleh pihak RUMAHIBS.COM adalah yang terbaik daripada kami berdasarkan pengetahuan dan kepakaran yang kami miliki.
  1. Pihak RUMAHIBS.COM tidak bertanggungjawab ke atas ketidakfahaman oleh pembeli/syarikat pembeli/pengguna ke atas lukisan/produk yang dibeli serta kesan-kesan yang timbul akbat permasalah tersebut samada akan membabitkan pertambahan kos, masa pembinaan dan sebagainya.
  1. Pihak RUMAHIBS.COM juga tidak bertanggungjawab untuk kegagalan mendapatkan design rumah yang serupa seperti yang digambarkan oleh lukisan yang kami sediakan didalam pakej lukisan/produk yang dibeli serta kos tambahan yang perlu dikeluarkan oleh pembeli/syarikat pembeli/pengguna dalam proses pembinaan rumah. Semuanya adalah bergantung kepada kos bahan binaan setempat, kualiti bahan binaan yang dipilih, kualiti kerja kontraktor, pemantauan oleh pembeli/syarikat pembeli/pengguna sebelum, semasa dan selepas pembinaan serta pindaan atau perubahan yang telah dilakukan oleh pembeli/syarikat pembeli/pengguna samada sebelum, semasa atau selepas pembinaan.

LAIN-LAIN

  1. Pihak RUMAHIBS.COM tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan yang dibuat oleh pihak lain ke atas pembeli.
  1. Pihak RUMAHIBS.COM mempunyai hak untuk mengubah syarat di atas mengikut kesesuaian tanpa sebarang notis makluman kepada pembeli dan bakal pembeli pelan rumah di laman sesawang RUMAHIBS.COM.