Uncategorized

TEST NP ZIKRI – Kendalikan Susu Ibu Dengan Cermat

TEST NP ZIKRI - Kendalikan Susu Ibu Dengan Cermat 1


BELIAN BIJAK
TEKS/PENYELARAS: EMY HAZNIDA HAZAIRUL SHAM

Kendalikan Susu Ibu Dengan Cermat
6 Produk Penting Ibu Perlu Ada

Penyusuan secara ekslusif memberi manfaat kepada bayi dan ibu. Untuk menyediakan susu ibu (jika tidak diberikan terus dari badan), aspek kebersihan ketika menguruskan susu sangat penting. Ibu perlu beri perhatian sewajarnya agar anda berterusan dapat memberi yang terbaik buat si comel. Lihat senarai ini agardapat memberi panduan kepada anda untuk membuat belian bijak ketika mencari produk penyediaan susu ibu jika perlu diberi menggunakan botol.

1. TISU BASAH
Bagi mengelakkan pemindahan bakteria ketika menyediakan susu untuk bayi anda, pastikan tangan sentiasa dalam keadaan yang bersih. Selain membasuh tangan dengan air dan sabun, anda boleh menggunakan tisu basah sebagai alternatif. Pilihlah tisu basah tanpa paraben dan pewangi dan tinggi kandungan airnya. Gunakan tisu basah khas untuk bayi ketika mengendalikan susunya. Jangan guna tisu basah yang mempunyai tujuan lain kerana ia tidak diformulasikan untuk bayi.

2. PAM SUSU
Untuk menyediakan susu badan yang akan diberi menggunakan botol susu, anda harus mempunyai mesin pam. Pilihlah pam yang tidak terlalu besar bagi memudahkan anda untuk mebawanya ke mana-mana. Sebelum membeli mesin pam, perhatikan ciri-cirinya. Ada sesetengah mesin pam mempunyai sedutan yang terlampau kuat dan boleh menyebabkan rasa sakit. Jika tidak selesa menggunakan mesin pam, anda boleh mengepam menggunakan tangan. Pilih pam tangan yang mudah dipegang dan saiznya tepat mengikut bentuk payudara anda.

3. BEKAS PENYIMPANAN
Pastikan anda menyimpan susu perahan di dalam bekas yang bersih. Anda boleh memilih untuk menyimpan susu di dalam botol susu bersaiz kecil atau plastik kedap udara. Tidak kisahlah sama ada botol ataupun plastik, pastikan ia bebas bahan BPA. Menggunakan plastik untuk menyimpan susu boleh menjimatkan ruang. Jika menggunakan plastik, pastikan tidak disi penuh kerana susu yang dibekukan akan mengembang dan boleh menyebabkan risiko susu tercemar.

4. BERUS BOTOL
Selesai proses mengepam susu, anda harus pastikan setiap komponen mesin pam dibersihkan dengan baik. Gunakan berus yang mempunyai bulu yang lembut dan tidak kasar sehingga menyebabkan mesin pam atau botol susu tercalar. Cari berus dengan pelbagai saiz bagi memudahkan anda mencuci komponen mesin pam mahupun botol penyimpanan susu.

5. SABUN PEMBERSIH
Jika mahu membersihkan, haruslah ada sabun. Pilih sabun khas untuk mencuci barangan bayi. Sabun ini biasanya dihasilkan dari bahan semula jadi dan tidak memudaratkan. Pilih yang tidak mempunyai pewangi dan pastikan ia berkesan untuk membersihkan sisa lemak susu yang melekat pada mesin pam atau botol susu.

6. BEG SIMPANAN SUSU DAN PEK/BLOK AIS
Jika anda merancang untuk memerah susu di pejabat, pastikan anda mempunyai beg simpanan yang lengkap dengan pek atau blok ais. Beg simpanan dapat memerangkap suhu sejuk dari pek atau blok ais bagi memastikan susu tetap segar dan tidak rosak sebelum ia disimpan dalam peti sejuk beku.

Pilih beg yang tidak terlalu besar tetapi mempunyai ruang penyimpanan yang luas bagi membolehkan anda menyimpan semua barang di dalamnya. Pek atau blok ais yang baik biasanya mampu bertahan selama tujuh ke lapan jam jika disimpan kemas dalam beg.

Komen anda





Source link