Artikel Terkini

Tiga Waktu Terbaik Untuk Ambil Takaful


Hari ini, secara umumnya masyarakat kita telah memahami pentingnya mempunyai perlindungan Takaful. Walaupun tidak dapat dinafikan masih terdapat segelintir yang skeptikal dengan syarikat-syarikat takaful dan produk-produk yang ditawarkan.

Mereka yang prejudis ini kebiasaannya mungkin pernah membaca atau terdengar cerita tentang syarikat takaful yang tidak menunaikan janji melindungi peserta takaful.

Cerita-cerita tentang syarikat takaful yang tidak membayar kos perubatan di hospital swasta sangat mudah tular.

Walhal perihal sebenar di sebalik setiap kes tersebut jarang diceritakan kenapa hal tersebut berlaku.

Cerita-cerita sebeginilah yang membuatkan sebahagian daripada masyarakat masih tidak yakin adakah patut mereka mengambil pelan takaful.

Bahkan ada yang teragak-agak dan menunggu masa yang sesuai untuk mengambil pelan perlindungan takaful.

Jadi di sini saya akan kongsikan 3 waktu terbaik untuk kita mengambil pelan takaful.

1. 2 tahun Sebelum Menghidap Penyakit Kritikal

Hampir semua syarikat takaful meletakkan tempoh 2 tahun sebagai incostestable period.

Apakah maksud tempoh 2 tahun ini?

Maksudnya, dalam tempoh 2 tahun pertama penyumbang membayar takaful, sekiranya mereka ditimpa salah satu daripada penyakit kritikal seperti sakit jantung dan kanser, syarikat takaful berhak untuk membuat siasatan terhadap penyakit tersebut.

Kebiasaannya proses siasatan mengambil masa yang agak lama dan rumit.

Selepas siasatan dijalankan oleh pihak syarikat, sekiranya didapati penyumbang telah pun menghidapi salah satu daripada penyakit tersebut semasa penyumbang mula-mula mengambil takaful, maka syarikat takaful berhak untuk tidak memberikan pampasan atau membayar kos perubatan penyakit tersebut.

Keputusan sebegini adalah supaya mengelakkan berlakunya penipuan oleh penyumbang yang mengambil takaful apabila telah mengetahui mereka menghidapi penyakit kritikal.

Ini bagi melindungi dana takaful yang disumbang oleh orang lain daripada digunakan oleh penyumbang yang telah sedia sakit semasa mula-mula menyumbang.

Penyumbang yang menyertai takaful selepas mengetahui meraka telah pun mempunyai penyakit, sebenarnya telah menipu syarikat takaful dan semua peserta takaful yang lain untuk manfaat peribadi.

Bayangkan duit yang kita bayar setiap bulan, digunakan untuk mereka yang sengaja sembunyikan penyakit mereka ketika mengambil takaful.

Takkan nak bagi penipu mengambil hak kita dan orang lain yang tolong bayarkan?

Jadi, pastikan sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum kita mendapat sakit kritikal, kita ambil takaful.

2. 6 Bulan Sebelum Masuk Hospital

Untuk kad perubatan, secara umumnya syarikat meletakkan tempoh 6 bulan (paling lama) untuk membolehkan penyumbang menggunakannya (kecuali untuk sakit kritikal)

Jadi dalam tempoh 6 bulan pertama setelah mengambil takaful, masih ada risiko untuk penyumbang tidak dapat menggunakan medical card.

Tetapi banyak juga kes yang terjadi, baru beberapa bulan mengambil takaful medical card (sebelum 6 bulan) tapi terpaksa masuk wad kerana sakit, kemudian syarikat takaful masih membiayai kos perubatan penyumbang tersebut.

Cuma masih ada kemungkinan syarikat tidak membayar kerana perlukan siasatan dan sebagainya. Jadi risiko tidak dilindungi syarikat takaful itu ada.

Jadi 6 bulan sebelum nak masuk hospital, pastikan kita telah dilindungi dengan takaful.

3. Sehari Sebelum Meninggal Dunia

Jika hari ini kita ambil takaful, esok ditakdirkan kita meninggal dunia maka jangan risau sebab keluarga kita sudah pun dilindungi. Jadi keluarga kita tidak akan ditinggalkan dengan beban perlu meneruskan kehidupan.

Walaubagaimanapun, sekiranya kita meninggal dunia disebabkan penyak-penyakit tertentu, ia berbalik kepada situasi pertama tadi.

Pihak syarikat takaful berhak membuat siasatan dan memutuskan sama ada keluarga kita layak untuk menerima pampasan kematian atau tidak.

Boleh agak tak bila kita akan mati?

Kesimpulan

Takaful adalah sebuah konsep tolong menolong di antara satu sama lain. Konsep yang sama seperti menyertai khairat kematian.

Duit yang kita sumbang setiap bulan itu, bertujuan untuk membantu penyumbang lain yang ditimpa musibah. Beruntung mereka yang menyumbang setiap bulan ke dalam takaful dan berniat untuk sedekah.

Pahalanya berjalan terus!

Dalam pada masa yang sama, syarikat takaful adalah badan yang menguruskan dana sumbangan yang dikumpulkan dan bertanggungjawab mengagihkan duit tersebut secara amanah kepada peserta yang menyumbang.

Sebab itu, terdapat syarat yang dikenakan untuk menyertai takaful; iaitu sihat.

Bila kita sudah sakit, syarikat takaful tidak dapat benarkan kita sertai kerana kita akan mengambil hak penyumbang lain secara salah.

Ada orang yang sanggup bayar sumbangan bulanan yang tinggi semata-mata untuk sertai takaful, tapi malangnya tak boleh sebab beliau sudah pun menghidap penyakit.

Dalam masa yang sama ramai yang masih sihat dan mempunyai duit, tetapi sayangnya masih belum ada kesedaran untuk mengambil takaful.

Begitulah fitrah manusia, sudah terhantuk baru tengadah.

Ditulis oleh Fakhrur Radzi, konsultan di sebuah firma runding perancangan harta dan urus pusaka.

Iklan


Iklan



Source link