Artikel Terkini

Trik “Drill” Jubin Supaya Tidak Pecah Dan Rosak, Hasilnya Lebih Kemas!


Selain pada lantai, jubin atau tiles juga boleh dipasang pada dinding, terutamanya pada dinding tandas dan juga dapur. Ia mudah dibersihkan dan juga dapat memberikan kesan yang berbeza pada ruang.

Tetapi, apa yang membimbangkan adalah apabila jubin perlu digerudi bagi memasang rak atau menggantung sesuatu. Jika tersilap langkah, jubin mungkin boleh pecah! Mesti “frust” kerana apabila sudah melabur segalanya pada rumah, pasti kita mengharapkan kesempurnaan baik dari segi fizikal mahupun estetiknya.

Buat anda yang belum pro, tapi nak tebuk sendiri lubang diatas permukaan tiles, boleh ikuti tips yang dikongsi saudara Alel Sharifudin ini :

CARA DRILL TILES/MOZEK SUPAYA TIDAK PECAH

  1. Gunakan tukul dan paku sedikit sahaja di kawasan yang telah ditanda. Tujuannya adalah untuk beri laluan kepada mata drill. Jika terus gunakan mata drill, dikhuwatiri mata drill akan tergelincir kerana permukaan jubin yang licin

2. Gunakan mata drill tiles. Boleh dapatkannya dari mana-mana hardware dengan harga RM12.

3. Pastikan anda menggunakan mode drill dan bukan mode ‘HAMMER’ kerana itu yang menyebabkan tiles pecah. Mata drill tadi hujungnya sudah tajam, jadi tidak perlu tolak mesin kuat-kuat..layannn je sambil dia buat lubang atas tile

4. Selepas tile dah berlubang cantik, pakai mata drill untuk menebuk dinding pula…ini kerananak menjaga mata drill tile..boleh je nak guna mata drill tu, tapi nanti hujungnya tumpul..sayang..

5. Ok, selepas dah ada lubang pada jubin dan dah tukar mata drill, barulah boleh tukar kepada mode HAMMER…tekan perlahan-lahan juga.

6. Dan inilah hasilnya! Kemas dan jubin tidak pecah atau sompek..

SUMBER : ALEL SHARIFUDDIN VIA KELAB KAKI DEKO



Source link