Uncategorized

Tun M harap Proton bakal tembusi pasaran Pakistan

Tun M harap Proton bakal tembusi pasaran Pakistan 1



Tun M harap Proton bakal tembusi pasaran Pakistan 2

ISLAMABAD: Proton Holdings Berhad bakal membina kilang pemasangan dan pembuatannya (CKD) yang pertama di rantau Asia Selatan di Karachi, Wilayah Sindh, Pakistan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakan sejawatannya dari Pakistan, Imran Khan menyempurnakan upacara simbolik pecah tanah bagi kilang tersebut pada Jumaat.

Pada majlis itu, turut diadakan adalah mesyuarat meja bulat ketua-ketua industri dari Malaysia dan Pakistan yang membincangkan pelbagai isu berkepentingan kedua-dua pihak.

BACA: Tun Mahathir terima anugerah tertinggi Kerajaan Pakistan

Dalam ucapan semasa mesyuarat itu, Dr Mahathir berharap dengan menghadiahkan Imran sebuah Proton X70, ia mampu mempromosi Proton dengan lebih agresif di Pakistan dan Asia Selatan.

“Ia bukanlah rasuah. Saya cuma berharap dengan sebuah kereta ini, seluruh Pakistan tahu bahawa Malaysia mampu menghasilkan kereta.

“Malaysia merupakan satu-satunya negara sedang membangun yang mempu menghasilkan kereta nasional.

“Jadi kami mahu berkongsi kepakaran bidang ini kepada Pakistan sekiranya terdapat pelabur yang sudi melabur dalam projek pembinaan kenderaan menerusi kerjasama Malaysia-Pakistan,” katanya.

BACA: Imran Khan sambut ketibaan Tun Mahathir di Islamabad 

Alhaj Automotive, pengedar rasmi Proton di Pakistan akan membuat pelaburan awal sebanyak US$30 juta untuk membina kilang (CKD) pertama bagi kenderaan Proton di negara itu.

Kilang itu dijangka memulakan operasi menjelang Jun akhir tahun depan dan mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan langsung dalam tempoh tiga tahun pertama operasinya.

Dianggarkan 20,000 lagi peluang pekerjaan tidak langsung akan diwujudkan apabila kilang baharu itu beroperasi sepenuhnya.

BACA: ‘Tenaga melimpah ruah’, Tun Mahathir pandu Proton, pantau Kuala Lumpur

Pada majlis sama, kedua-dua perdana menteri juga menyaksikan pemeteraian perjanjian dan memorandum persefahaman antara syarikat Malaysia dan Pakistan.

Syarikat-syarikat yang terlibat ialah Edotco Towers Pakistan Pvt. Limited dengan Pakistan Mobile Communication Limited  Deodar Pvt. Ltd; Edotco Towers Pakistan Pvt. Limited dengan Telenor Pakistan Limited; dan Edotco Towers Pakistan Pvt. Limited dengan CMPAK Limited (Zong).





Source link

Related Posts