Artikel Terkini

Usaha bina ketahanan ekonomi dan langkah meneruskan perniagaan cabaran utama Malaysia



KUALA LUMPUR: Usaha membina ketahanan ekonomi dan langkah-langkah meneruskan perniagaan akan menjadi cabaran utama untuk negara susulan pandemik COVID-19.

Menteri Kanan, merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, usaha memerangi pandemik virus itu mengambil masa yang panjang dan menuntut komitmen berterusan semua pihak.

“Saya percaya usaha memerangi pandemik ini akan melalui satu pertarungan yang panjang, di mana ia menuntut komitmen berterusan semua pihak dalam memberikan yang terbaik dan bekerja dalam satu pasukan tanpa mengenal sempadan geografi,” katanya semasa Ucapan Pembukaan TopTalk Malaysia’s Experience in Post-COVID-19 Recovery with Datuk Seri Azmin Ali yang disiarkan secara maya pada Khamis.

Malaysia katanya sentiasa bertindak proaktif dalam memerangi COVID-19.

Malah, ia menyaksikan sokongan serta komitmen berterusan diberikan pasukan barisan hadapan termasuk kakitangan perubatan, polis, tentera, pertahan awam, agensi-agensi kerajaan dan sukarelawan.

“Mereka telah dalam melaksanakan tugas dengan sebaiknya, dan kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerja keras, pengorbanan dan sumbangan mereka yang tidak ternilai.

“Ucapan terima kasih juga kepada mereka yang telah memberikan sokongan penuh kepada kerajaan, dan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard, protokol kesihatan dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujar beliau,

Katanya lagi, kerajaan mengambil langkah berterusan dalam menangani pandemik COVID-19 secara berkesan.

“Kerajaan telah melancarkan kempen yang sistematik dengan melaksanakan pendekatan  dan protokol kesihatan yang menyeluruh dalam usaha melindungi rakyat. Pada masa sama, kerajaan melaksanakan pelbagai pakej rangsangan untuk membantu mengurangkan kesan ekonomi dari langkah-langkah tersebut selain mengekalkan pertumbuhan ekonomi,” tambahnya lagi.

Ketika ini ini negara berada dalam Fasa Pemulihan, dan kerajaan melaksanakan inisiatif strategik untuk memajukan negara ke hadapan.

“Malah, pada 5 Jun 2020, kerajaan telah mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bernilai RM35 bilion merangkumi 40 insiatif dengan tiga tumpuan utama iaitu memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi.

“Penekanan diberikan kepada usaha memberikan sokongan tambahan kepada pekerja dan Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui program latihan, skim pembiayaan, penggunaan domestik dan membantu industri yang terjejas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata beliau.





Source link

Related Posts