Uncategorized

Usahawan wanita terkenal, Christy Ng tidak setuju cuti bersalin 90 hari



KUALA LUMPUR: Usahawan wanita terkenal, Chris Ng tidak bersetuju dengan usaha kerajaan untuk menaikkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari ke 90 hari mulai 2021.

Pengasas Christy Ng Shoes menjelaskan tempoh berkenaan terlalu panjang.

“Perkara yang saya tidak gembira ialah peningkatan cuti bersalin. Ia mungkin ada baik dan buruk. Seorang pekerja wanita yang cuti selama tiga bulan adalah terlalu lama dan saya juga merasakan ia menyebabkan masalah kepada majikan untuk meletakkan pekerja berkenaan di kedudukan tinggi. Ia mungkin bukan sesuatu yang baik,” katanya semasa menjadi tetamu program khas Belanjawan 2020 di Astro AWANI pada Jumaat.

Bagaimanapun beliau menyifatkan secara keseluruhan, Belanjawan 2020 sebagai belanjawan yang inklusif.

Baginya, paling menarik perhatian ialah usaha menarik semula golongan wanita ke pasaran kerja.

“Saya gembira dengan kebanyakan perkara yang diumumkan. Saya rasa apa yang paling saya teruja ialah mengenai usaha menarik semula golongan wanita berumur antara 30 hingga 50 tahun ke pasaran kerja dan memberikan mereka insentif dan majikan boleh mengambil mereka bekerja semula,” ujarnya lagi.

Semasa pembentangan Belanjawan 2020, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 meliputi empat perkara termasuk tempoh cuti bersalin, bagi memastikan akta tersebut kekal relevan dengan keperluan pasaran tenaga kerja semasa.

Untuk usaha itu, tempoh cuti bersalin dipanjangkan daripada 60 hari ke 90 hari mulai 2021.





Source link

Related Posts