Uncategorized

(VIDEO) DIY “Counter Top” Kemasan “Cement Render” Yang Betul-Betul Jadi Dan Cantik

(VIDEO) DIY "Counter Top" Kemasan "Cement Render" Yang Betul-Betul Jadi Dan Cantik 1


Bagi peminat konsep minimalis dan industri, permukaan kemasaan asli adalah antara keperluan utama dalam menyerlahkan tetapan reka bentuk ini. Antara kemasan yang menjadi keutamaan bagi konspe ini seperti permukaan batu bata tanpa simen, Simen render, kayu yang tidak bercat dan sebagainya. Nampak kemasan seperti ini lebih jimat dan mudahkan? SEBENARNYA TIDAK. IA MEMERLUKAN KOS YANG LEBIH DAN TEKNIK TAMBAHAN TERTENTU.  Seperti kemasan batu bata, untuk mendapatkan hasil yang cantik, batu bata gred ‘A” harus digunakan. Kenapa batu bata grad A? Ia mempunyai warna yang lebih menarik dan sekata disamping setiap sudutnya kemas. Jika anda memakai batu bata jenis rumah, hasilnya sangat berbeza. Tambahan, anda perlu mencari tukang ikat batu yang betul-betul mahir. Teknik mengikat juga memainkan peranan terhadap hasilnya. Silap-silap lagi serabut kalau gunakan batu-bata yang murah dan tukang ikat yang tak mahir. (VIDEO) DIY "Counter Top" Kemasan "Cement Render" Yang Betul-Betul Jadi Dan Cantik 2

(VIDEO) DIY "Counter Top" Kemasan "Cement Render" Yang Betul-Betul Jadi Dan Cantik 3

Sama seperti dapur yang menggunakan kemasan simen render yang pernah dikongsikan IMPIANA [klik sini untuk artikel lengkap] ramai tergoda dengan hasil dan kekemasan permukaan counter top yang hanya menggunakan simen rende. Namun, sebenarnya untuk mendapatkan hasil kemasan tersebut tidak lah mudah. Bukan hanya memakai simen semata-mata. Ada teknik dan bahan tambahan untuk menghasilkan permukaan ini. Nak tahu cara untuk hasilkannya, tengok video yang telah dikongsikan

(VIDEO) DIY "Counter Top" Kemasan "Cement Render" Yang Betul-Betul Jadi Dan Cantik 4

(VIDEO) DIY "Counter Top" Kemasan "Cement Render" Yang Betul-Betul Jadi Dan Cantik 5

Komen anda





Source link