Artikel Terkini

Yamaha: Bermula Dari Sebuah Syarikat Muzik Yang Berkembang Menjadi Gergasi Permotoran


Sebut sahaja motor Y Suku, mesti ramai di kalangan rakyat Malaysia mengenali atau mengidam motor tersebut. Jenama Yamaha ini sinonim di dalam dunia permotoran tanah air yang bersaing dengan jenama Honda.

Motor yang dikeluarkan oleh syarikat ini berjaya menambat hati golongan muda sejak dari dulu lagi. Di antara jentera yang berjaya di Malaysia ini adalah RXZ dan juga 125Z yang menjadi raja di atas jalanraya.

This image has an empty alt attribute; its file name is Yamaha-Bermula-Dari-Sebuah-Syarikat-Muzik-Yang-Berkembang-Menjadi-Gergasi-Permotoran6-700x489.jpg

Orang yang bertanggungjawab membangunkan syarikat tersebut adalah Torakusu Yamaha yang mana seorang usahawan yang berjaya pada awal abad ke-20. Kisah mengenai Torakusu Yamaha ini sangat menarik dan boleh dijadikan inspirasi kepada usahawan di luar sana.

Torakusu Yamaha dilahirkan pada tahun 1851 dan merupakan keluarga dari samurai kelas bawah. Bapanya merupakan seorang ahli astronomi. Dari kecil lagi, beliau minat membaca buku tentang astronomi dan berputiklah minatnya di dalam bidang teknologi.

Ketika awal kariernya, beliau merupakan seorang tukang jam dan kemudian menukar kerjaya sebagai juruteknik membaiki peralatan perubatan. Apa yang menarik di dalam diri Torakusu Yamaha ini adalah, beliau merupakan seorangan yang sanggup belajar perkara yang baru walaupun benda itu terlalu sukar.

Organ merupakan sejenis alat muzik yang menjadi perintis kepada piano

Semuanya bermula dengan peristiwa di mana pengetua sekolah rendah meminta bantuannya untuk membaiki sebuah organ yang telah rosak. Torakusu Yamaha bersedia untuk membaikinya kerana sukar untuk sekolah berkenaan mencari orang yang sanggup membaiki organ disebabkan faktor sekolah tersebut yang terletak di kawasan pedalaman.

Walaupun tidak mempunyai sebarang asas di dalam bidang muzik, beliau mempunyai semangat yang membara untuk belajar benda baru yang di luar bidang kepakaranya. Beliau sanggup mengambil tugas membaiki organ dan mempelajari ilmu muzik bagi mendapatkan bunyi yang tepat yang sepatutnya dihasilkan oleh organ tersebut.

Beliau dipercayai mempelajari nota muzik selama 4 bulan untuk mendapatkan bunyi yang tepat bagi membaiki organ tersebut. Akhirnya beliau berjaya membaiki organ berkenaan dan dalam masa yang sama, telah mempelajari ilmu baru dalam menghasilkan organ.

Torakusu Yamaha yang kemudiannya membina organnya sendiri melalui pengalaman dan bertukar kepada seorang usahawan yang mengeluarkan alat muzik di bawah Syarikat Nippon Gakki yang ditubuhkannya pada tahun 1887.

Pada tahun 1900, syarikatnya ini menghasilkan upright piano yang pertama dan dua tahun kemudian, telah menghasilkan grand piano pertama di Jepun.

Dari setahun ke setahun, syarikat Nippon Gakki mula dikenali di seluruh Jepun dan mula diterima oleh masyarakat luar. Dengan kejayaan yang begitu luar biasa, Torakusu Yamaha telah menjadi contoh dan ikon kepda penduduk Hamamatsu.

Beliau yang meninggal dunia pada tahun 1916 dan legasi yang ditinggalkannya terus berkembang sehinggalah Perang Dunia Kedua tercetus. Syarikat ini mula membuat peralatan yang berkaitan dengan keperluan ketenteraan.

Selepas tamat Perang Dunia Kedua, syarikat Nippon Gakki telah menubuhkan sebuah perusahaan permotoran yang dikenali sebagai Yamaha Motor Company. Di samping mengembangkan perniagaan alat muzik yang sekian lama, syarikat ini juga turut menguasai dunia dengan produk motor yang berkualiti yang terdiri dariada motosikal, bot motor dan enjin kereta.

Sehingga hari ini, jenama Yamaha masih lagi popular di kalangan peminat samada dikenali sebagai syarikat pembuatan alat muzik atau syarikat yang menghasilkan motor berkualiti.

Sumber Rujukan:

Iklan


Iklan



Source link